Bagaimanakah Muzz Halal?
Muzz diasaskan atas nilai integriti dan kami memikul tanggungjawab kami dalam komuniti Muslim dengan sangat serius.
Muzz ialah aplikasi yang inklusif, terbuka kepada semua mazhab dan tahap amalan dalam Islam. Kami memberi tumpuan untuk membantu umat Islam yang serius mencari pasangan hidup untuk berhubung.
Pasukan kami berdedikasi untuk menyediakan ciri yang membantu komuniti kami kekal selamat dan sentiasa ingat akan kewajipan mereka terhadap diri sendiri dan orang lain. Setakat ini, ciri-ciri tersebut termasuk:
Adab Islam
Setiap ahli baharu Muzz dikehendaki menerima Ikrar Islam kami, yang menetapkan garis panduan tingkah laku dan adab.
Foto dan video profil yang dikaburkan
Wanita yang memerlukan lebih privasi boleh memilih untuk mengaburkan foto mereka daripada ahli lain. Apabila mereka berasa selesa, mereka boleh mendedahkan foto kepada padanan tertentu. Foto boleh dijadikan peribadi semula pada bila-bila masa, dan juga akan dikaburkan secara automatik sekiranya berlaku penyekatan atau penyahpadanan.
Pengesahan selfie
Untuk memastikan setiap profil milik orang sebenar, kami menggunakan selfie untuk mengesahkan identiti semua orang. Hantar sahaja selfie anda semasa mendaftar, dan kami akan membandingkannya dengan foto profil anda – itu sahaja!
Mod Caperon
Mod Caperon membolehkan anda berkongsi transkrip mingguan sembang anda di Muzz dengan wali, untuk ketenangan fikiran tambahan.
Pelaporan
Semua pengguna Muzz mesti mematuhi garis panduan Tingkah Laku kami. Mana-mana ahli yang didapati melanggar peraturan ini boleh dilaporkan pada bila-bila masa. Semua laporan yang dihantar kepada pasukan kami akan ditangani sewajarnya.
Penilaian
Kami meminta ahli memberikan maklum balas tentang padanan mereka, terutamanya tentang kesopanan, kesungguhan dan sama ada mereka akan mengesyorkan padanan tersebut. Data ini digunakan oleh algoritma kami untuk lebih kerap memaparkan pengguna yang dinilai baik dalam perkhidmatan kami.
Can’t find your answer?
If you have questions about how Muzz works, or need technical troubleshooting help, please check out our Help & Support page.